Apa bah insurans ni?

pru_bsn_takaful_life
Relek bah bisuk lah urus tu, hidup juga saya masih

Kalau kau ndak pernah dingar apa tu insurans mungkin kau tinggal di Pulau terpencil yang tiada hubungan luar. Tapi kalau kau ndak pernah dingar dan tebaca ini tulisan meaning ko ada internet connection pulak. Tapi ndak apa, saya pun mau 5 tahun tidak tau apa macam mau sebut tu “Baguette” harap yang aku ajar tu salah tu dapat tau cepat-cepat.

Sejarah Insurance

Baca sini Anyways, kenapa ini insurans buli tiba-tiba ada dan kenapa kita mesti beli atau bayar ini barang? Insurans bukan saja merujuk sama nyawa. Insurans pun cover bisnis, kenderaan, kilang, harta, kesihatan dan banyak lagi. Cafe yang kau tengah duduk baca ni artikel pun kemungkinan besar mesti ada insurans. Now kita tanya lagi, apa bah insurans ni? Kalau dalam dictionary hebat, dia bilang maksud insurance ialah

a practice or arrangement by which a company or government agency provides a guarantee of compensation for specified loss, damage, illness, or death in return for payment of a premium.

Ini kalau kita translate kepada BM dia bilang

amalan atau perkiraan yang mana agensi syarikat atau kerajaan menyediakan jaminan pampasan bagi kerugian tertentu , kerosakan , penyakit, atau kematian sebagai balasan bagi pembayaran premium.

FREE QUOTATION

Mau dapat free quotation insurans untuk kau? Klik itu butang:

Free_insurance_quotation

Jadey maksudnya, ada pihak yang akan tulung kau settle ‘kerugian’ kau kalau berlaku apa-apa benda yang kau tidak buli agak atau duga. Tapi dia tidak tulung kau free lah. (Kalau bisnis tidak buat untung bukan bisnis la tu) Kalau let’s say insurans nyawa, kau kena kasi fee yang tidak mahal yang sampai kau tidak buli makan nasi, tapi biasanya dalam 10% ke bawah dari pendapatan bulanan kau. Lojik ka tidak? Bagi saya lojik. Kenapa? Let’s say kita tidak bayar insurans kereta kita sebab kau fed up sudah (by the way, undang-undang cakap salah kalau teda insurans kereta ko bawa-bawa jalan) tiba-tiba kerita kau ipar kau bawa dan dia langgar tembok rumah ketua kampung yang kuat tu. Kerita kau hancur rusak injin ndak buli start. Kos dia bilang si Wong (mekanik) dalam 15,000 juga kalau mau kasi baik. Ngam juga kau perlu ini kereta untuk drive hari-hari pigi kerja dan buat sales. Kalau kau tiada 15,000 untuk settle tu kerita, pendapatan kau pun terjejas sebab kau ndak buli pigi kerja. Tapi imajin ko ada insurans. Kau nangis sikijap jak 🙂

Macam juga insurans nyawa, masih banyak yang tidak paham kenapa dia mesti bayar untuk ‘something yang dia tidak nampak’. Jawapan dia ialah, sebab itu ‘something yang tidak nampak’ lah kita ambil insurans nyawa. Kematian, kecelakaan, penyakit, hilang keupayaan semua memang Tuhan punya takdir. Tapi tiada sepa yang buli gerenti dia tidak akan kena pilih untuk dapat takdir Tuhan. Tuhan pun marah bah kalau ko ndak pro-aktif. Ha ha. Insurans nyawa ndak lah semahal yang kita sangka. Lagipun contoh kalau kau 25 tahun dan tidak merokok, ko tau kah dengan hanya 100 satu bulan, kau bulih dapat pampasan sebanyak 100,000 ribu ringgit? (Kematian atau kecacatan kekal) Berapa banyak urang buli cakap dia ada wasiat bulih bagi anak-bini atau keluarga sebanyak 100k?

Kalau kau dapat quotation PruBSN Takaful ini hari, itu sudah satu step pertama untuk kau jadi pro-aktif dan make sure kau bersedia untuk benda-benda yang kau tidak akan bersedia.

FREE QUOTATION

Mau dapat free quotation insurans untuk kau? Klik itu butang:

Free_insurance_quotation

Kay Kastum

Founder of OrangSabah.Com. Sudah jadi bapa baru. Dia juga adalah Agent Life Insurance Prudential BSN Takaful yang awesome itu!! Mau kasi wasiat keluarga 500k? Klik untuk Free Quotation